Blogger Backgrounds

m3nAnt! b4s y4n9 b3LuM s4mp4!_

  • Cinta Umpama Menunggu Bas..!!!


Sedar atau tidak cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang sedang menunggu bas.Bila bas itu datang,awak tengok bas itu dan awak kata pada diri,"Eee..penuhnya..tak ada tempat duduk." Jadi,awak katakan pada diri awak,"Saya akan tunggu bas yang seterusnya." Awak pun biarkan bas itu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak cakap, " Eeee..bas ni buruk sangat..mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak di pertengahan jalan." Jadi,awak biarkan bas buruk tersebut berlalu dan awak masih tetap setia menantikan bas yang akan datang.


Setelah beberapa ketika,datang lagi sebuah bas.Bas yang datang tue kosong,tak penuh dan tidak seburuk bas tadi tapi kali nie awak kata, " Emmm..tak ada air-cond la pulak..cuaca tengah panas nie. Lebih baik saya tunggu bas lain."


Dan sekali lagi awak telah membiarkan bas tersebut berlalu tanpa sebarang penyesalan,namun tetap setia menanti bas yang lain.Tiba-tiba awan mulai gelap dan kelihatan sangat berat,cuaca semakin mendung dan baru awak perasan kalau awak sebenarnya telah lewat menuju ke destinasi rupanya.Awak mula panik dan terus naik bas yang datang kepada awak pada ketika itu,walaupun bas tersebut tidak lah sempurna. Dan kemudian barulah awak tersedar bahawa..awak telah salah dalam memilih bas..Jadi,selama ini awak telah membazirkan masa,wang dan tenaga demi menanti bas yang memenuhi citarasa awak.


Walaupun bas yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin.adakah awak dapat pastikan kalau bas tersebut tidak akan rosak di pertengahan jalan,atau mungkin bas tersebut tidak terlalu sejuk buat awak ? Jadi,lelaki mahupun perempuan,pastinya masing-masing menginginkan seseorang yang sangat sempurna di mata mereka..dan semestinya tidak salah..Tetapi,tiada jugak salah nya sekiranya anda sanggup memberi peluag kepada orang lain..dengan kata lain,orang yang menyayangi diri kita..Sekiranya,awak-awak sekalian merasakan bahawa "bas" yang awak-awak pilih tue salah or tidak bersesuaian dengan destinasi nya,apa yang anda perlu lakukan adalah,tekan loceng dan turun dari bas tersebut,sebelum semua nya terlambat..


Tapi..pastinya semua orang pernah melalui pengalaman ini,kan ? Awak nampak sebuah bas datang kepada awak (bas yang awak nanti-nantikan),awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat-buat tak paham dan pura-pura tak nampak awak seterusnya berlalu meninggalkan awak..!!~~




tinggalan jejak dari empunya blog : masih setia menanti BAS saya..dan berharap kalau si dia adalah BAS yang saya nanti-nantikan tue..Insya Allah,lau ada jodoh antara kami.. :)

 --> entry nie di ambil dari FB dan diolah serba sedikit oleh empunya blog..!!

1 comment:

Mcflurry Oreo said...

maaf di atas segala kesalahan ejaan.. :)

Post a Comment