Blogger Backgrounds

s4h4b4t_

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu,luhur budimu
bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah,
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akanku teruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasanya hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa dan juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati


"..bait-bait kata alunan muzik dendangan hijjaz mampu menggamit seribu macam perasaan pada ketika dan detik ini..sepertinya,berada dalam sebuah mimpi..bagai tidak percaya,rakan yang sentiasa bersama kami telah pergi buat selama-lamanya..terasa baru semalam detik perkenalan kami sebagai rakan kelas di Kolej Matrikulasi Perlis..bagai semalam baru bergelak tawa bersamanya..bagai semalam baru meluahkan kepadanya..bagai semalam baru mendengar celotehnya..semuanya bagaikan semalam baru berlaku setiap kenangan terindah yang terukir bersamanya..namun,kini hampir setahun dia meninggalkan kami..perginya dia seorang sahabat yang tidak mampu dicari ganti..tidak mungkin akan ada yang sama sepertinya..setiap kenangan yang terukir bersamamu,tidak mungkin akan kami lupakan buat selama-lamanya,sahabat..pergimu tiada galang gantinya..kamu tetap dihati kami meskipun ramai kawan,teman,sahabat yang kami temui di luar sana..namun,tetap tidak dapat menggantikanmu di hati kami..jika masa boleh diundur,pasti aku akan jadi sahabat yang terbaik untukmu..semoga kau tenang di sana..doa kami,sahabat-sahabatmu sentiasa mengiringi pemergianmu..tenang dan damailah kau di sana,sahabat..semoga Allah mengizinkan untuk kita bertemu di Jannah-Nya suatu hari nanti,apabila kami juga dijemput menjadi tetamu-Nya.. kami amat merinduimu,sahabat..Al-Fatihah.."


kehilangan ! :'(

No comments:

Post a Comment